Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Showing posts with label tip. Show all posts
Showing posts with label tip. Show all posts
Friday, 26 April 2013

tips pemakaian inner tudung

Assalamualaikum..

Hari nie saya nak kongsi cara pemakaina inner agar muka yg bulat nie tak nampak melekap!

Barang2 yang diperlukan:

1- INNER COTTON
 2- GUNTING

BUKAN YANG INI!!!




DAN....BENANG DAN JARUM!!




Cara-caranya:
1- Tetaskan hujung belakang inner n try pakai berulang kali sampai inner kau ada muncung. untuk lebih kepastian kau tengok gambar ini...


2- Lepas dah dapat the right position, kau jangan lupa jahit balik.bukan apa takut nanti tetas sampai habis masa kau gelak-gelak, ketawa terbahak-bahak dan masa kau kunyah bahan makanan.

Hasilnya,kau akan dapat yang macam ini.

p/s: ada orang cakap, kalau kau nak keraskan bahagian depan tu, kau sembur Kiwi Starch yang kau beli kat MYDIN tu. Tapi kang terkeras benau..baik kau pakai awning je..kan
okey..
selamat mencuba..
kalau kau mahu inner cotton, boleh ke fb IERA RICH



Sunday, 21 April 2013

Tips 1: Cara Penjagaan Tudung

Assalamualaikum...Hari nie saya nak bagi tip yang berguna buat nenek-nenek,ibu-ibu,kakak-kakak, dan adik-adik sekelian...
Tip penjagaan tudung

1. Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

2. Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun sabun mandi selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahari yang tidak terlalu terik).

3. Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan kain serta tudung yang memiliki sengkuap.

4. Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja.

5. Cara melipat tudung juga perlu betul. Jika menggunakan tudung bersengkuap, pastikan jangan melipat bahagian sengkuap kerana jika ia terlipat, tudung terbabit akan menjadi tidak sempurna apabila dipakai.

6. Jika bahagian sengkuap terlipat, basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian gosok bahagian berkenaan. Ia akan terbentuk semula.

7. Bagi tudung lycra pula, ia tidak perlu digosok kerana kain jenis berkenaan tahan kedutan terutama jika bercorak tetapi jika ingin menggosoknya boleh menggunakan suhu yang rendah.

nak info lagi??jom like IERA RICH..
jom share ramai2..